OGOS 2023

ADUN N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki Menyampaikan Sumbangan UNIFOR


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki menyampaikan sumbangan UNIFOR kepada rumah ibadah di kawasan Satok iaitu Persatuan Tokong Sikh Sarawak berjumlah RM650,000 untuk membaik pulih dan menaik taraf yang diterima oleh pengerusinya, Dr Kalwinder Singh Khaira. 

Turut menerima sumbangan berjumlah RM50,000 ialah Borneo Evangelical Mission (SIB) Praise untuk pembangunan gereja BEM Praise Velley Satok yang diterima pengerusinya, Chiwi Ngang.

Sumbangan itu disampaikan semasa Majlis Penyampaian Kaki dan Tangan Palsu kepada penerima di Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarshah Kuching (PASBK), Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching, hari ini. Hadir sama, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samad Gany, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok, Selina Salleh serta exco parti yang lain.

Sumber dari : Jiwa Bakti